Sunday, September 2, 2012

blog musim mengawan ;D

lama tak hapdate. otak pon beku da nk tulih apa.nk buat mukadimah pon pk dekat setengah jam padam tulih padam tulih padam.padam padam tak tulih dah

over kn entry kali ni cm tutt je bunyi.bkn pa skang ni bukak fb sana sini kenuri tutop bukak blk sana sini tunang bukak blk sana sini lahir kn baby.tak ke aku pgl musim mengawan tuh?seb bek la aku tak tunang time musim ni.ehhh betunang dah ke hakuu~tettt!

and warm wishes to besties yg slamat jadi bini org n tunangan org. kemain boroi kitorg asik makan2 je.pic nnt la upload bz sikit ;p 

sebut bab nikah kawin ni kan aku teerrrrbaca satu artikel *terbacaaa kaedahnya!* bab2 rumah tangga almaklom la da kena start preapare da rohani dan jasmani ni. nah aku copy paste je sbb pjg sgt


FADHILAT ;CIUM ANAK DAPAT PAHALA, CIUM SUAMI GUGUR DOSA DAN CIUM ISTRI BAHAGIALAH SELAMANYA

1. Fadhilat mencium anak.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.


*bab cium anak ni pjg lagi tp xmampo nk paste semua 

2. Fadhilat mencium suami. *hat bab no 2 ni mmg xde cut mana2 ayat.dasar gataii nk belaki kn bunyinya ;P 

Bila isteri salam dan cium tangan suami, maka gugurlah dosa-dosa kecil si isteri. Restu seorang suami tu penting dalam rumahtangga. Lagipun isteri juga akan dapat pahala.
Suami pun mendapat pahala juga kalau dia kucup dahi isteri.

Ramai isteri yang tidak pasti waktu dan ketika bila mereka harus mencium suaminya. Sebenarnya bagi seorang suami, jika mereka sudah di biasakan dicium oleh isteri mereka tidak kira bila-bila masa pun… mereka cukup menghargainya. Dengan cara inilah hati dan jiwa mereka akan tertutup dengan godaan dari luar.

Sebab itulah ramai wanita yang memujuk rayu suami mereka supaya berhenti menghisap rokok. Jika suami mahukan nafas yang segar dari isterinya ketika dicium, maka perkara yang sama juga dimahukan oleh isteri mereka. Lagipun, Islam tidak menggalakkan sesiapa sahaja menghisap rokok.

Kenyataanya, apa yang berlaku hari ini ialah isteri hanya akan mencium suami bila suami hendak berjalan jauh/outstation/kerja di luar kawasan. Itu tidak cukup untuk menyemai benih sayang pada suami. Jika anda sebagai isteri terlalu sombong untuk mencium suami sendiri, jangan terperanjat pula nanti kalau suami anda rasa lebih di sayangi oleh wanita lain di luar sana. Jadi selalulah belai suami dengan ciuman dan juga pelukan.

Semua ini akan menambah rasa kasih. Hati yang panas juga boleh jadi sejuk. Boleh di praktik oleh si isteri apabila dia atau suaminya hendak pergi kerja dan balik kerja. Selepas solat dan ketika hendak tidur juga bagus di amalkan. Hikmahnya, redha suami akan sentiasa bersama isterinya.

Satu lagi perkara yang ramai isteri tidak sedar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit sahaja isteri yang tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami + dalam dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh.

Benar.
Jika isteri sudah wangi sebelum tidur dengan rambutnya yang beraroma segar, suami pasti akan mencium rambutnya, dahinya dan juga pipinya. Bila ini berlaku, isteri juga akan mencium suaminya. Bukankah itu dapat menghalang suami dari mencari aroma baru di luar rumah?????


3. Fadhilat mencium isteri.

Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sebagai satu perkara yang baik, bahkan dapat memberikan pahala kepada suami.

Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yang gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dengan keriangan. Dilihat kepada Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW dikala bersama Isteri.

Tindakan Nabi itu tidak pernah diabaikan, hatta dalam bulan ramadhan sekalipun. Aisyah R.Ha ada meriwayatkan hadis:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَبِّلُ فِي رَمَضَانَ وَهُوَ صَائِمٌ

Maksudnya;
“Rasulullah SAW sentiasa mencium aku dalam bulan Ramadhan, ketika itu Baginda SAW sedang berpuasa”

Hadis ini amat nyata lagi jelas, Nabi SAW tetap juga memberikan kasih sayang baginda kepada isteri tanpa mengira waktu.

Suami pula harus sedar yang dirinya juga harus berada dalam keadaan yang selesa dan wangi setiap kali hendak mencium isteri. Tabiat suka mencium isteri janganlah di pandang ringan, kerana Nabi juga mengamalkannya.

Mengapa?
Kerana cium itu tandanya sayang. Tapi kalau seorang isteri terlalu ego dan tidak membenarkan suaminya sendiri menciumnya… juga jangan terperanjat kalau suami masing-masing melepaskan rasa kasih sayang terhadap wanita lain yang lebih menghargai kasih sayang suaminya itu.

Hendak mencari lelaki yang pemarah memang ramai di luar sana, tapi hendak mencari lelaki penyayang… mungkin 1 dalam 100. Dengan keadaan lelaki yang semakin sedikit bilangannya di dunia ini… cubalah bayangkan.

Jadi jika anda sudah berkahwin dan memiliki suami yang suka mencium anda dan anak-anak anda, syukur alhamdulillah. Jika anda belum berkahwin TETAPI MENYEDARI bakal suami anda itu suka mencium orang yang mereka kasihi, tahniah dan bersyukurlah kepada Tuhan kerana anda bakal dikurniakan suami yang penyayang. Logiknya tanyalah pada diri sendiri… adakah anda ingin suami anda mencium anda ataupun perempuan lain di luar sana?????

Untuk para suami pula, jika anda adalah tergolong dalam suami yang rajin mencium isteri, syabas diucapkan. Memang harus anda berbuat begitu kerana rasa sayang pada isteri anda akan bertambah dari hari ke sehari.

Bayangkan setiap hari anda mencium isteri anda… sebelum kerja, anda menciumnya… pulang kerja pun anda menciumnya. Malah sewaktu isteri anda memasak di dapur pun, anda rangkul isteri anda dari belakang lalu menciumnya serta berkata… “saya sayang awak… dan terima kasih kerana menyediakan masakan untuk hari ini”

Di situlah datangnya bahagia ~~~
mereka yang sudah berkahwin, tetapi rasa malu untuk mencium anak, suami…. juga isterinya sendiri….



**haa kau pjg x mak bebel ni? apa tggu lagi prektis2 la ye.pada yg da menikah tu apa lg pergi terkam laki bini anda auum ;p yg belom tu bawak2 besabar masa nya akn smpi jugak nnt.jgn blk2 ni pergi terkam pulak.tak pasal2 tok kadi pon pergi terkam korg plak.
haa dlm byk2 bab bab no 2 tu mmg plg mudah nk buat.mudahhh padahal nk kata sukaa ;p sapa taknak pahala free?*seblom kahwin mmg gatal bunyi nya kalo dah nikah tak gatal da bunyi dia kan*

yg kau tersengih2 tu apehal?da nikah belom ;p

**ha pada buah ati chenta pengarang ati jantung hamba en syakir jgn lupa ye ;o hapal dlm otak mana tau ada org kuat lupa nnt.insyaAllah amin 

*doakn yg baik2 ye tuk kami smpi waktu kami jemput mkn free ;D ;D

Thursday, May 24, 2012

happy birthday love*muntah ijau*

slamat petang chenta ati*muntah ijau lagi
*

true story part 1:
wa dari malam smlm sampai la ni asik dok kena ganggu dengan suara yg ta berapa nk lunak.ada ka kol org 2-3pg suh wish besday.itu namanya paksa dlm mamai!ini tak adil.wa panassss ati jaa kecik besa kecik besa je wa tgk.tp sbb wa nk tydo nyenyak kan ujan plak tu wa paksa sendiri rela la.wa wish panjang2 nyanyi dgn suara yg lunak tengah malam buta. kalo jiran wa punya anak jaga la wa rasa dia mesti mintak mak dia cari bomoh pg sok nya.

tapi wa bukan apa wa terlena padahal nk tggu detik doblas tp takdan detik seblas wa da hanyut d alam mimpi.wa kan kekasih romentik mesti wa bantai tydo dlu drpd tggu kekasih jantan wa setel bekeja


true story part 2
wa igt setel la takat tu ropanya idop wa ta senang lg sbb nk kena wish plak kt fb!wa da nyanyi wa da wish kena wish lagi kt fb?panasss ni seb bek econ opis wa kuat.kalo x ngan ati2 wa ni cair ;p .tengok2 byk da msg tahap org panas membara neyh saba bebeh tenga type blog.type kt fb wish bukan leh karang panjang2 kalo takat karang sepatah dua kata ta nama la kekasih ati kn ;p

we're on the same age now! proud of you big boi u grow up so fast! bole da jd kawan sebab da sebaya kan kan kan bole jalan sama2 sebab da jadi kawan kan kan kan

padahal bukan hape nk jd sebaya tade la org kata kt haku asik2 nk bemadu kasih dgn anak ikan je ;p
anak ikan mak~~taun ni last birthday as a single(insyaALLAH)kalo nk celebrate sambil menari2 kt tiang ke menari2 kt meja ke wat la seap2.bukan hape takot taun depan kalo celebrate ngan penari2 tiang ke penari2 meja ke takot plak hawak ngan tiang ngan meja tu skali kena bakor.kite bakorr kite bakoorr ajee ;p *kidding bebeh!*

sebab haini besday lu, lu keja wa keja lu tydo wa keja lu keja wa tydo maka wa bg present kt belog jelahhh volleyh?






true story part 3
to the Queen of my heart Muhammad Syakir happy birthday. may Allah bless u and our r/ship and i do love u
*muntahhhhh*

nah wa bagi penumbuk 2 das sbb kol sambil marah2 ;p


nota kaki : queen je cukop la kan.muka hawak tu tadak lansung persis king.len la muka papa mama abg2 kakak2 saya semua ada persis king so diorng la kingsss of my heart. muka hawak takat yakuza je queen cukop la kan hehe jgn marah t cepat tuwaaa bebey! hawak kn dulu anak ikan makk so muka hawak persis queen yg cantek ;p lariii bai!

Sunday, April 8, 2012

short note for love*gatai kn entry kali ni*

day by day month by month i pray to meet someone who will adore me in my way,
day by day month by month i pray to meet someone who will fall deeply for me,
day by day month by month i pray to meet someone who will care for me, care for us,
day by day month by month i pray to meet someone who will miss me everyday,
day by day month by month i pray to meet someone who will love me

and,

finally i found one and proudly to say its you.


Y U NO SMILE bebeh ;) chomel kan dia..eh bukan dia ni


semoga apa yg d rancang apa yg d hajati berkekalan aminn..

Ya Allah, berkatilah kami ;)

nota kaki bau bacin : countdown ;D

n today i promise to adore you, to fall for u, to care of us, to miss u and to love u dengan redha Ilahi

yakuza sgt muka dia katanya,ganas roarr!



sincerely,
ur true love mati aku balik kena ligan
Ana Najiha ;)