Saturday, January 12, 2013

inai merah ala2 ke-orengan di jari

assalamualaikumm~
sopan gila entry kali ni ye lah entry petama sejak jd pemaisuri di hati en suami kena la sopan santun ayu mayu duduk simpuh puih2 gtu kannn ;p

sejak2 2 menjak ni kan level kegigihan keazaman nk g keja mmg sgt di tahap kurang subur.kalo dlu jgn kata la ari wajib keja tu sah2 gigih, ari wesak ke ari buruh ke ari jadi aku ke ari jadi bos aku ke ari jadi sultan ke semua aku sapu keja. la ni yg kalo yg wajib tu pon malas jgn nk kata la yg harus2 tu tambah2 yg sunat.mmg xde la nmpk gayanya.kalo ade sorg tak p keja automatik jadi wajib kat sorg g xg keja.xke mmg xsubur budaya cmtu?tu la namanya CHEMISTRY ;D

ari yg sama tiga mggu lepas, i got married to my syakir yg sebenarnya aku pon xtau dr mana dia dtg dr mana la kami jumpa. tp betul jodoh tu rahsia Allah. sehebat mana kita mintak yg cenggitu cenggini tetiba dia hantar juz an ordinary person yg xde la hebat di mata donia xde la kaya xde la gagah xde la itu xde la ini tapi yg aku rasa " wow woow wee! he complete me". kurangnya dia lebih nya aku kurangnya aku lebihnya dia*sebak lak* kih kih kih

rewind and action  : i miss this a lot.like aaaa llllottttttt!rasa nk kawen lg skali.haa??apaaraaa korg ni kalo nk kawen lg mesti la aku nk kawen ngan org yg sama aku kawen haituuu..suka sangka buruk kt aku yg manis lg sopan ni.sambung2.

bangon pagi jgn nk kata la mnd tu debaran habaq ang la ni pon dok rasa bekoncang kalo nk igt. bkn aku yg nk salam tok kadi tp nnt yg nk salam ngan tukang nikah tu bakal suami bakal pemimpin dalam idop aku nnt.nk kena salam ngan papa lak tu mak nebessss nyah~
semua bnd rasa xkena lah inai kaler oren pucat lah pastu top up inai jd kaler tompok2 lah mandi dr pg smpi tenga ari 4x.katil kena inai la tudung kena inai lah mak andam touch up supa NAKHAROM  opera china dah! tenga seap2 ank sedara yg sulong tu jerit2 " acu2 uncle syakir dtg uihhh ensem nya diaaa" trus jntung aku jatoh.pendekkan cerita lepas2 papa bejabat tgn ngan en. suami*time tu bakal suami laaa* tgk2 da sah. tp tu lah ayat dia dr awl benikah smpi la nii asik2 "aku terima nikahnya..sekaliii tuu" punya la bangga padahal lepas tu angen kus2 semua mai sampai kepala. tapi tu lah punya la cepat masa belalu air mata pon takdan nk gugur ;D Alhamdullillahh amin!

walaupon inai di jari nmpk nk susut tp badan kitorg xla pulak tunjuk tanda2 nk susut. weirdo. xpe la inai susut nnt aku nk top up.sbb muka aku mcm baby face muka dia mcm muka abg baby face jadi tanggapan orang tu mesti ada yang negative.nanti sia2 je pahala diorg.bukan nk kata kitorg pegi mana2 pon aku perasan yg aku tersangatlah  perasan ade orang wat muka mamcam " eeee apehal diorg tu nak pegang2".aku punya pasal la laki akuu ;p pastu ngan senang ati aku pon saja tayang2 jari yang masih inai merah dijari tu barula muka diorg tu berubah.ape la kan bia la aku nak pegang da sah2 la aku dah sah disisi agama.tp tulah hati tetap tedetik camtu kan.welll homo sapiens mmg cenggini laaa.

tp ari2 dok kata cm xpecaya tu pon ada jgk.kadang2 aku nak sewa hotel besama pon was2 sbb satgi tak pasal kena ambush ngan tok kadi.punya la tak leh trima kenyataan ;p tp ini seriusss and this is REAL and i loved it ;D

time's up!time to go home bebeh!

to baby.. selamat pengantin baru.semoga kita bahagia sampi syurga.i do love u till jannah.u r my all time fevret. trima kasih kerna sudi menjadi my superbesfren my gojesboyfren my fevret fiance my lovely husband. iklas xjadi shemua2 kt atas tu?bek jawab iklas! ;p



new path new journey new life.i can't do without u and i don't have to since i have u . in sha allah i want to b a better wife better besfren better human being in future with u ;D


Sunday, September 2, 2012

blog musim mengawan ;D

lama tak hapdate. otak pon beku da nk tulih apa.nk buat mukadimah pon pk dekat setengah jam padam tulih padam tulih padam.padam padam tak tulih dah

over kn entry kali ni cm tutt je bunyi.bkn pa skang ni bukak fb sana sini kenuri tutop bukak blk sana sini tunang bukak blk sana sini lahir kn baby.tak ke aku pgl musim mengawan tuh?seb bek la aku tak tunang time musim ni.ehhh betunang dah ke hakuu~tettt!

and warm wishes to besties yg slamat jadi bini org n tunangan org. kemain boroi kitorg asik makan2 je.pic nnt la upload bz sikit ;p 

sebut bab nikah kawin ni kan aku teerrrrbaca satu artikel *terbacaaa kaedahnya!* bab2 rumah tangga almaklom la da kena start preapare da rohani dan jasmani ni. nah aku copy paste je sbb pjg sgt


FADHILAT ;CIUM ANAK DAPAT PAHALA, CIUM SUAMI GUGUR DOSA DAN CIUM ISTRI BAHAGIALAH SELAMANYA

1. Fadhilat mencium anak.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.


*bab cium anak ni pjg lagi tp xmampo nk paste semua 

2. Fadhilat mencium suami. *hat bab no 2 ni mmg xde cut mana2 ayat.dasar gataii nk belaki kn bunyinya ;P 

Bila isteri salam dan cium tangan suami, maka gugurlah dosa-dosa kecil si isteri. Restu seorang suami tu penting dalam rumahtangga. Lagipun isteri juga akan dapat pahala.
Suami pun mendapat pahala juga kalau dia kucup dahi isteri.

Ramai isteri yang tidak pasti waktu dan ketika bila mereka harus mencium suaminya. Sebenarnya bagi seorang suami, jika mereka sudah di biasakan dicium oleh isteri mereka tidak kira bila-bila masa pun… mereka cukup menghargainya. Dengan cara inilah hati dan jiwa mereka akan tertutup dengan godaan dari luar.

Sebab itulah ramai wanita yang memujuk rayu suami mereka supaya berhenti menghisap rokok. Jika suami mahukan nafas yang segar dari isterinya ketika dicium, maka perkara yang sama juga dimahukan oleh isteri mereka. Lagipun, Islam tidak menggalakkan sesiapa sahaja menghisap rokok.

Kenyataanya, apa yang berlaku hari ini ialah isteri hanya akan mencium suami bila suami hendak berjalan jauh/outstation/kerja di luar kawasan. Itu tidak cukup untuk menyemai benih sayang pada suami. Jika anda sebagai isteri terlalu sombong untuk mencium suami sendiri, jangan terperanjat pula nanti kalau suami anda rasa lebih di sayangi oleh wanita lain di luar sana. Jadi selalulah belai suami dengan ciuman dan juga pelukan.

Semua ini akan menambah rasa kasih. Hati yang panas juga boleh jadi sejuk. Boleh di praktik oleh si isteri apabila dia atau suaminya hendak pergi kerja dan balik kerja. Selepas solat dan ketika hendak tidur juga bagus di amalkan. Hikmahnya, redha suami akan sentiasa bersama isterinya.

Satu lagi perkara yang ramai isteri tidak sedar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit sahaja isteri yang tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami + dalam dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh.

Benar.
Jika isteri sudah wangi sebelum tidur dengan rambutnya yang beraroma segar, suami pasti akan mencium rambutnya, dahinya dan juga pipinya. Bila ini berlaku, isteri juga akan mencium suaminya. Bukankah itu dapat menghalang suami dari mencari aroma baru di luar rumah?????


3. Fadhilat mencium isteri.

Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sebagai satu perkara yang baik, bahkan dapat memberikan pahala kepada suami.

Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yang gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dengan keriangan. Dilihat kepada Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW dikala bersama Isteri.

Tindakan Nabi itu tidak pernah diabaikan, hatta dalam bulan ramadhan sekalipun. Aisyah R.Ha ada meriwayatkan hadis:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُقَبِّلُ فِي رَمَضَانَ وَهُوَ صَائِمٌ

Maksudnya;
“Rasulullah SAW sentiasa mencium aku dalam bulan Ramadhan, ketika itu Baginda SAW sedang berpuasa”

Hadis ini amat nyata lagi jelas, Nabi SAW tetap juga memberikan kasih sayang baginda kepada isteri tanpa mengira waktu.

Suami pula harus sedar yang dirinya juga harus berada dalam keadaan yang selesa dan wangi setiap kali hendak mencium isteri. Tabiat suka mencium isteri janganlah di pandang ringan, kerana Nabi juga mengamalkannya.

Mengapa?
Kerana cium itu tandanya sayang. Tapi kalau seorang isteri terlalu ego dan tidak membenarkan suaminya sendiri menciumnya… juga jangan terperanjat kalau suami masing-masing melepaskan rasa kasih sayang terhadap wanita lain yang lebih menghargai kasih sayang suaminya itu.

Hendak mencari lelaki yang pemarah memang ramai di luar sana, tapi hendak mencari lelaki penyayang… mungkin 1 dalam 100. Dengan keadaan lelaki yang semakin sedikit bilangannya di dunia ini… cubalah bayangkan.

Jadi jika anda sudah berkahwin dan memiliki suami yang suka mencium anda dan anak-anak anda, syukur alhamdulillah. Jika anda belum berkahwin TETAPI MENYEDARI bakal suami anda itu suka mencium orang yang mereka kasihi, tahniah dan bersyukurlah kepada Tuhan kerana anda bakal dikurniakan suami yang penyayang. Logiknya tanyalah pada diri sendiri… adakah anda ingin suami anda mencium anda ataupun perempuan lain di luar sana?????

Untuk para suami pula, jika anda adalah tergolong dalam suami yang rajin mencium isteri, syabas diucapkan. Memang harus anda berbuat begitu kerana rasa sayang pada isteri anda akan bertambah dari hari ke sehari.

Bayangkan setiap hari anda mencium isteri anda… sebelum kerja, anda menciumnya… pulang kerja pun anda menciumnya. Malah sewaktu isteri anda memasak di dapur pun, anda rangkul isteri anda dari belakang lalu menciumnya serta berkata… “saya sayang awak… dan terima kasih kerana menyediakan masakan untuk hari ini”

Di situlah datangnya bahagia ~~~
mereka yang sudah berkahwin, tetapi rasa malu untuk mencium anak, suami…. juga isterinya sendiri….



**haa kau pjg x mak bebel ni? apa tggu lagi prektis2 la ye.pada yg da menikah tu apa lg pergi terkam laki bini anda auum ;p yg belom tu bawak2 besabar masa nya akn smpi jugak nnt.jgn blk2 ni pergi terkam pulak.tak pasal2 tok kadi pon pergi terkam korg plak.
haa dlm byk2 bab bab no 2 tu mmg plg mudah nk buat.mudahhh padahal nk kata sukaa ;p sapa taknak pahala free?*seblom kahwin mmg gatal bunyi nya kalo dah nikah tak gatal da bunyi dia kan*

yg kau tersengih2 tu apehal?da nikah belom ;p

**ha pada buah ati chenta pengarang ati jantung hamba en syakir jgn lupa ye ;o hapal dlm otak mana tau ada org kuat lupa nnt.insyaAllah amin 

*doakn yg baik2 ye tuk kami smpi waktu kami jemput mkn free ;D ;D

Thursday, May 24, 2012

happy birthday love*muntah ijau*

slamat petang chenta ati*muntah ijau lagi
*

true story part 1:
wa dari malam smlm sampai la ni asik dok kena ganggu dengan suara yg ta berapa nk lunak.ada ka kol org 2-3pg suh wish besday.itu namanya paksa dlm mamai!ini tak adil.wa panassss ati jaa kecik besa kecik besa je wa tgk.tp sbb wa nk tydo nyenyak kan ujan plak tu wa paksa sendiri rela la.wa wish panjang2 nyanyi dgn suara yg lunak tengah malam buta. kalo jiran wa punya anak jaga la wa rasa dia mesti mintak mak dia cari bomoh pg sok nya.

tapi wa bukan apa wa terlena padahal nk tggu detik doblas tp takdan detik seblas wa da hanyut d alam mimpi.wa kan kekasih romentik mesti wa bantai tydo dlu drpd tggu kekasih jantan wa setel bekeja


true story part 2
wa igt setel la takat tu ropanya idop wa ta senang lg sbb nk kena wish plak kt fb!wa da nyanyi wa da wish kena wish lagi kt fb?panasss ni seb bek econ opis wa kuat.kalo x ngan ati2 wa ni cair ;p .tengok2 byk da msg tahap org panas membara neyh saba bebeh tenga type blog.type kt fb wish bukan leh karang panjang2 kalo takat karang sepatah dua kata ta nama la kekasih ati kn ;p

we're on the same age now! proud of you big boi u grow up so fast! bole da jd kawan sebab da sebaya kan kan kan bole jalan sama2 sebab da jadi kawan kan kan kan

padahal bukan hape nk jd sebaya tade la org kata kt haku asik2 nk bemadu kasih dgn anak ikan je ;p
anak ikan mak~~taun ni last birthday as a single(insyaALLAH)kalo nk celebrate sambil menari2 kt tiang ke menari2 kt meja ke wat la seap2.bukan hape takot taun depan kalo celebrate ngan penari2 tiang ke penari2 meja ke takot plak hawak ngan tiang ngan meja tu skali kena bakor.kite bakorr kite bakoorr ajee ;p *kidding bebeh!*

sebab haini besday lu, lu keja wa keja lu tydo wa keja lu keja wa tydo maka wa bg present kt belog jelahhh volleyh?






true story part 3
to the Queen of my heart Muhammad Syakir happy birthday. may Allah bless u and our r/ship and i do love u
*muntahhhhh*

nah wa bagi penumbuk 2 das sbb kol sambil marah2 ;p


nota kaki : queen je cukop la kan.muka hawak tu tadak lansung persis king.len la muka papa mama abg2 kakak2 saya semua ada persis king so diorng la kingsss of my heart. muka hawak takat yakuza je queen cukop la kan hehe jgn marah t cepat tuwaaa bebey! hawak kn dulu anak ikan makk so muka hawak persis queen yg cantek ;p lariii bai!

Sunday, April 8, 2012

short note for love*gatai kn entry kali ni*

day by day month by month i pray to meet someone who will adore me in my way,
day by day month by month i pray to meet someone who will fall deeply for me,
day by day month by month i pray to meet someone who will care for me, care for us,
day by day month by month i pray to meet someone who will miss me everyday,
day by day month by month i pray to meet someone who will love me

and,

finally i found one and proudly to say its you.


Y U NO SMILE bebeh ;) chomel kan dia..eh bukan dia ni


semoga apa yg d rancang apa yg d hajati berkekalan aminn..

Ya Allah, berkatilah kami ;)

nota kaki bau bacin : countdown ;D

n today i promise to adore you, to fall for u, to care of us, to miss u and to love u dengan redha Ilahi

yakuza sgt muka dia katanya,ganas roarr!



sincerely,
ur true love mati aku balik kena ligan
Ana Najiha ;)






Monday, November 28, 2011

monday yg ta brapa nk blues ^.^

todia besawang level brapa da ni pon wa tatau.wa busy skang.wa da ada busy life sejak da cukop umo sebulan lepas.tukang potong rumput haitu dtg wa hambat blk sbb wa takut nk suh dia potong rumput*tetiba*.

sebelum telambat wa nk ucapkan  salam 1 Muharam detik permulaan,penghijrahan Nabi dan umat Islam kepada rakyat2 Islam d seluruh donia milik Zat Teragung kita. ingat mengingati tegur meneguri perbetul perbetuli sesama kita semoga semua nya d bawah naungan dan lindungan-Nya ya bukan lindungan kerajaan langit.

Azam tahun baru wa tahun ni adalah menjadi yg lebih elok budi pekerti, lebih elok budi bahasa lebih elok errr err ~___~ " yg  pjg bole d pendekkan ayat lebih elok dalam semua bidang.insyaALLAH.aminnn.

kenapa wa tetiba bole hapdate plasterakuluka ni d siang hari.sedang kan wa baru mention wa ada super busy lifestyle skang?sbb bos wa yg kapir  tak islam tu cuti sempena awal muharam.dan wa yg Islam ni ta cuti sempena awal muharam.lu org nmpk tak kesangsian d ctu.so wa ada kt opis bos wa tadak.sbb tuh wa bole hapdate blog sbb wa acting senior engineer haini.senior engineer acting staff engineer.so pakat2 acting la sesama seniri.

bebalik kepada wa punya super busy life style skang ni.wa da mulai merasai tahap pancaroba nya idop d donia ini.wa da mula rasa tempias2 nya kesulitan dan kesussahan.d tmpt kerja contohnya.bkn apa wa ada super bos yg _______ lu agak2 apa pastu lu isi ikut suka ati lu org.wa ta kesah.kalo tepat wa tak kasi lu adiah.senang.wa da super makan ati super bebal super malas nk wat keja*padahal td kata super bz* wa jugak da ta becakap ngan wa punya super ___________ bos lebih dr 3 ari.kira becerai talak 3 la gtu.saspen woo.wa ckp ngan dia pon time wa nk mntk gaji naek takpon time wa nk mntak plan MC.kih3~wa rasa jodoh wa ngan bos wa tuh cm ta brapa nk pjg dah.tp wa kena keja ngan dia sbb wa kena jugak kumpoi duet wa nk kawen wat simpanan masa tuwa wa nnt.aishhh~

tu br wa punya super _________ bos.idop wa d tambah dgn kesulitan dgn karenah kapoor wa punya super _____ team mate.haa eh ni bkn nk mengumpat ni luahan perasaan orr yg da cukop umo menempuh idop.ari2 wa penin ngan wa punyer super _________ team mate.tp kadang2 wa nk wat bodo alih2 wa jd bodo.tp kadang2 tu dia bole jd super nice team mate*wah gtu.ayat positive je tayah nk isi tempt kosong kan*

tp wa ada super cef housemate*bila pekara positive je tayah nk susa2 fill in the blank kan* yg rajen memasak.ha3~nasik lemak la.kaacng goreng la.megi telur la.daging masak kurma la.ayam masak kicap la.telur masak kicap la.prektis nk awen kot ;p

tp wa syukur dlm kesulitan kepayahan kesengsaraan Dia turun kan wa super gojes bf ada sentiasa jd wa punya punching beg kadang2 bkn punching beg skali dia wa kasi flying kick.wa slalu paksa dia jd acting bos wa supaya wa dpt melampiaskan amarah wa kepada beliau.kadang2 wa tetiba aja marahkn beliau padahal br 2 saat yg lps wa anta msg jiwang kpd beliau.kih3~mintk maap b len kali wat lg.tp dia tabah.wa suka!tu br satu pekara.

wa jugak telah memaksa wa punya super gojes bf teman wa wat larian pukoi 4 5 pg.tp wa bangga kami mencapai kemenangan.eh.wa ja dpt medal beliau tidak sebab salah lorong.padan muka wa berlariii dan berrrrjalannnnnnnn je dgn cacatan masa <2jam untuk bekilo2 lemak terbakar.tp dia redoo ja.wa suka!bila dia lari wa pura2 lari blakang beliau agak2 da jao wa brenti pastu wa kena marah sbb bejalann ja dr td nk marah ta boleh.tp beliau dgn suara garangnya marah so 2 3 menet beliau bebel pastu ok la.tu br dua pekara.dan belum tiga pekara empat pekara wa wat kt dia lg.

so sbb wa da wat byk pekara yg mengundang amarah dan mengguris perasaan,kadang2 wa try nk wat baek kepada beliau dgn menolong beliau memandu black pearl beliau lps beliau penat belari.tp wa plak pegi langga divider maka black pearl beliau sudah la kemek rebah plak bumper depan tuh sedikit.kemek nya mengalahkn langgar ank lembu u oll.wa tau betapa sengsaranya idop beliau besama wa.ha3~sekali lg mntak ampon b ;p

betapa byk wa dpt super ________ org, wa tetap ada wa punya super sabar bf.wa rasa selain mak bapak serta kakak abg2 wa,beliau sgt tahan dgn kerenah dan tabiat wa. famly wa da tentu2 nya paham dan masak dgn prangai wa yg ta brapa nk _____.doa wa tahun baru ini wa harap Dia pekenan kn doa wa supaya jodoh kami bepanjangan.aminnnn.tp wa pecaya pada jodoh.wa bedoa dan merancang Dia yg menetukan ;)



ok la wa rasa dr pg wa wat karangan ni ta abes2~oh da mlm.wa harus pulang ke rumah.semoga ada nasik belauk kn ayam masak merah plak malam ni.kih2~


nota kaki:
nt wa hupload gambaq medal bg panas skit kt wa punya super bf yg dapat sijil je tuh ;D